Pages

Thursday, 7 February 2013

FACTORIES AND MACHINERYACT 1967 (FMA 1967)

Pertumbuhan pesat industri di negara ini telah membawa kepada keperluan untuk memberi perhatian kepada kesan berbahaya yang timbul daripada aktiviti perkilangan kepada masyarakat secara keseluruhannya. Akta selain daripada menyediakan kebajikan bagi kesihatan dan keselamatan pekerja dikilang, kini juga mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan mereka yang tinggal di kawasan persekitaran
Sama ada anda adalah pengilang, pembekal mesin, seorang pengurus kilang atau sepervisor, pembekal lif, seorang inspektor insurans atau memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai sesuatu untuk dilakukan dengan kilang dan jentera, maka anda perlu mendalami dan memahai segala akta dan peraturan yang terkandung di dalam Akta jentera dan perkilangan 1967 ini.
 
Di mana objektif akta ini adalah bagi menyediakan kawalan keatas ‘kilang’ berhubung dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang berada didalamnya. Selain itu akta jentera dan perkilangan turut menyediakan kaedah pendaftaran dan pemerksaan ke atas ‘jentera’ yang perlu dipatuhi bagi memastikan loji berada dalam keadaan yang selamat untuk melakukan kerja.
Apakah yang di maksudkan dengan ‘kilang’?. ‘kilang’ ialah mana-mana premis yang tertutup atau terbuka dimana terdapat orang bekerja untuk aktiviti membuat, mengubahsuai, menyusun, membersih, membasuh, membina, merombak, memasang, melaras dan seumpamanya sebarang benda untuk tujuan perniagaan.(FMA 1967).
Manakala, jentera di definasikan sebagai dandang stim, pengandung tekanan tak berapi, pengandung tekanan berapi, penggerak utama, silinder gas, pemegang gas, mesin angkat dan takal, jentera penghantaran, jentera didorong, pengendalian bahan kelengkapan, peranti hiburan atau apa-apa jentera yang sama, dan apa-apa kelengkapan untuk pemutus, memotong, kimpalan atau elektro-pemendapan bahan dan dengan cara penyemburan gas termampat atau udara bahan.
(FMA 1967)

No comments:

Post a Comment