AMALAN DAN BUDAYA MELAPOR DI TEMPAT KERJA
Hari ini 31 Januari 2013 merupakan penghujung bulan satu. Masa terlalu pantas berlalu sehinggakan terlalu sedikit perkara yang boleh diselesaikan dalam tempoh satu bulan. Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai budaya melaporkan perkara nyaris berlaku di tempat kerja.
Laporan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu bagi memberi kesedaran kepada pekerja mengenai isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Terdapat pelbagai cara bagi memastikan kesedaran pekerja terhadap isu keselamatan di tempat kerja seperti “you see, you act”, “RONI” dan pelbagai lagi saluran bagi pekerja untuk melaporkan perkara nyaris berlaku di tempat kerja.
Sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai laporan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Laporan Kesihatan dan Keselamatan dipenuhi dengan maklumat, berita, nasihat keselamatan dan kesihatan serta tidak berat sebelah, maklumat yang berguna yang anda perlukan untuk membuat keputusan yang bertanggungjawab dan menggalakkan tempat kerja yang selamat dan sihat.
Pelbagai artikel yang menarik tersedia melalui saluran internet, majalah dan berita semasa. Hanya melayari internet anda boleh mendapatkan pelbagai berita dan pautan untuk ke laman sesawang yang membincangkan isu mengenai keselamatan dan kesihatan. Artikel tersebut juga boleh dijadikan perkara yang perlu dibincangkan semasa mesyuarat ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.
Jika anda seorang pekerja, majikan, ahli profesional kesihatan dan keselamatan atau mempunyai kepentingan dalam keselamatan dan kesihatan di tempat kerja - Laporan Kesihatan dan Keselamatan adalah untuk anda.
Anda juga boleh mendaftar untuk menerima berita bulanan dan isu terbaru dalam beberapa minit dengan melanggan newsletter yang terdapat melalui carian internet.

No comments:
Post a Comment